Saturday, 9 June 2012

BILA HIBURAN MENJADI KEUTAMAAN...

Selalu bermain dalam fikiran aku, "kenapa ramai sangat orang nak jadi artis ni?"
Puas aku berfikir tapi jawapan tetap tidak ada...pernah aku menonton program realiti dalam tv , ramai lah sangat rakyat Malaysia ni yang teringin nak jadi artis..kan kita sedia maklum kalau jadi artis ni ramai orang kenal kita,jadi popular...dan macam-macam lagi..dalam kesesakan menunggu giliran untuk diujibakat, mereka pasti akan ditanya oleh para wartawan dengan bermacam-macam soalan..contohnya soalan lazim nama siapa,asal mana, umur berapa, kerja apa. bla bla bla....

Tapi soalan famous kena tanya, "kenapa nak masuk program ni?"
jawapannya simple, "sebab minat yang mendalam, nak kembangkan bakat, nak bantu keluarga, bla bla bla..."

yang aku tak boleh terima, 'nak bantu keluarga'...apa tidak ada kerja lainkah selain nak jadi artis untuk bantu keluarga.. aku geram bila orang cakap macam tu..ish...dah banyak-banyak kerja kat Malaysia yang boleh dicari tapi artis juga yang dia nak jadi..fuuhhh...penat telinga mendengar benda-benda macam tu..

mustahillah orang yang nak jadi artis ni niat mereka hanya semata-mata kerana cinta, minat bidang seni...mesti ada terselit sedikit dihati nak jadi popular..supaya orang mengenali mereka dengan bakat-bakat mereka tu..aku tak faham la kenapa macam tu..kenapalah bakat-bakat yang dikurniakan oleh Allah ni tidak digunakan sebaik-baiknya ke jalan Allah..lebih baik kan..

jadi, bila dah terpilih dalam program realiti tersebut, mahu tidak mahu  mereka akan bergaul dengan orang yang berlainan jantina dengan mereka...buat latihan menyanyi/berlakon dengan lelaki/perempuan, bersentuhan dengan orang yang bukan mahram, menari di depan orang yang bukan mahram dan lain-lain. tu baru latihan sebelum pertandingan..

bila dah mula pertandingan, ramailah penonton-penonton yang datang memenuhi ruang-ruang stadium...tapi pernah tidak kita perhatikan penonton yang hadir ni di kalangan remaja/muda mudi dan tidak kurang ada yang dah berumur..tapi yang nak ceritakan di sini.anak-anak muda kita..lebih suka kepada hiburan berbanding kepada aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti ceramah agama untuk menambah ilmu, kem-kem Islam, mengimarahkan masjid/surau dll....Islam tidak melarang hiburan dalam kehidupan tapi kena berpandukan syariat...jangan melampaui batas..realitinya sekarang yang berlaku di Malaysia bertentangan dari apa yang dianjurkan oleh Islam sendiri..

kita tahulah, bila dah ada konsert pertandingan program realiti tidak akan lari dari percampuran antara lelaki dan perempuan.jarang kita jumpa tampat duduk lelaki dan perempuan diasingkan..lagi aku geram bila mereka mengucap syukur pada Allah kerana diberi markah yang baik, diberi pujian yang baik oleh juri, tetapi dalam suasana yang tidak mengikut syariat, aktiviti yang ditegah oleh syariat ...tambahan lagi pakaian mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna..panas telinga, tak boleh terima langsung..

dah lepas tu semua, bila dah menang, sudah pasti mereka popular..dan sudah pasti wajah-wajah artis ini akan menghiasi dada akhbar, majalah, kaca tv, internet..dll...itukah yang mereka mahu sebenarnya?? ingin dikenali oleh seluruh dunia,..adakah kerena bakat yang mereka ada, rupa paras, atau yang lebih teruk aku fikir kerana 'keseksian' mereka ...nauzubillah...semoga mereka segera bertaubat kepada Allah..

pernah terlintas di fikiran tidak kalau ketika mereka sedang buat konsert, tiba-tiba mereka meninggal dunia dalam keadaan bukan mengingati Allah??? Nauzubillah...hanya Allah yang tahu keadaan mereka...

### jadi apa yang aku sampaikan ini cuma pendapat yang selama ini aku pendam dari kecil lagi..kalau ada yang terasa hati, terkecil hati..minta maaf banyak-banyak..ini cuma PENDAPAT UMUM bukan menuju kepada pihak-pihak tertentu. pendapat ini juga merupakan peringatan buat orang yang menulis ni..bukan hanya kepada yang lain.. Sekian terima kasih..dan sekali lagi..mohon maaf kepada semua dari hati aku..

### Jika ingin melihat pemimpin sesebuah negara pada masa hadapan, lihatlah remajanya pada masa kini..

*** renung-renungkan, fikirkan, dan ambil tindakan..

Sunday, 15 April 2012

Cinta.....


who loves you??? 
who should you loves???

Siapakah yang sepatutnya yang kita cintai lebih dari segala-segalanya??
Sudah tentulah Allah..Kita sedia maklum, yang kita adalah hamba, Allah adalah pencipta kita.
Tapi di manakah hati-hati yang mencintai Allah ini??
Kebanyakannya hati-hati ini mencintai perkara lain lebih dari Allah sendiri. Allah telah berfirman dalam Surah At-Taubah : 24

Katakanlah, "jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatir akan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik.

Realitinya kehidupan masyarakat hari ini sama seperti apa yang Allah katakan dalam Al-Quran. Kebanyakannya sangat mencintai hal-hal dunia berbanding mencintai Allah S.W.T itu sendiri.
Dalam satu tazkirah yang disampaikan oleh sahabat saya sendiri, cinta yang diberikan oleh Allah kepada hambanya hanya sedikit sahaja tetapi terasa banyak di pandangan manusia itu sendiri. Pada hal Allah lah yang mencampakkan rasa cinta itu ke dalam hati-hati manusia dan Allah lah pemilik segala cinta..Tanpa cinta kita tidak akan mengenal erti kasih, sayang , cinta kepada ibu bapa kita, adik-beradik, sahabat-sahabat , cinta kepada binatang, tumbuhan, cinta akan kebaikan dan bermacam-macam lagi cinta. Tapi cinta kita yang teragung adalah cintakah pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Seterusnya cintakan Rasul kita, ibu bapa, saudara-saudara kita, dan juga cinta kepada ilmu. 

# Jadi bersama-samalah kita mencari cinta Illahi. 

To be continue...........